Kelas Asas Ms. Excel (B)

13 Januari 2019 | Ak4tiviti Terkini

Kelas Asas Ms. Excel (B) ini berlangsung pada hari Sabtu, iaitu 12 Januari 2019. Kelas ini berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Stungkor Baru. Kelas ini di hadiri 10 orang peserta terdiri daripada komuniti pelajar Kampung Stungkor Baru. Kelas ini berlangsung selama 2 jam iaitu dari 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

Kelas ini mempelajari bagaimana membuat jadual markah mata pelajaran seseorang pelajar. Di sini peserta dapat mempraktikkan bagaimana cara untuk menggunakan borders dan drow borders dalam Ms. Excel. Selain itu, peserta sekaligus dapat menggunakan wrap text dan merge & center bila diperlukan. Dalam pada masa yang sama, peserta dapat mempelajari cara menaip dengan betul dalam Ms. Excel. Kelas tamat setelah peserta dapat menyiapkan jadual yang dikehendaki.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali